Posts

First ever Bunny Box Unboxing!

Image
Salam semua! Maaf lama menyepi daripada blog ni. Dah lama tak bervlogging tapi bertambah pulak video pasal arnab ya, hehe. Barang-barang seperti toys & treats untuk arnab tak banyak pet store di Malaysia jual. Bunny subscription box yang ada kat luar sana pulak semua mahal sebab sekali kos shipping dari UK/EURO. Alhamdulillah saya terjumpa Carrot Chats! Bunny box yang sangat affordable! Jemput tengok video unboxing pertama kami! Sorry qualiti tak cantik sebab rakam guna iPhone je. BONUS!!!! Carrot chats beri peluang kepada saya untuk share kan voucher code kepada sesiapa yang nak beli next bunny box, which is April!  Link: http://www.carrotchats.com/ code: MUFFINLOP5    Gunakan code ni untuk dapatkan discount 5% off. Order sekarang untuk dapatkan pelbagai toys & treats menarik untuk arnab kesayangan anda :) Thanks for watching! Leave a like & subcribe to Muffin's channel if you haven't yet. Youtube: Muffin Lop

Hidey House Muffin

Image
Hi & assalamu'alaykum! Kali ni nak kongsi pulak berkenan 'hidey house' Muffin. Arnab binatang 'prey' jadi memang nature prey animals ni akan selalu cari tempat untuk sembunyi yang buat dia rasa selamat daripada diburu predators. Kalau bela arnab, wajib sediakan satu hidey house macam ni untuk dia boleh sembunyi. Hidey house boleh beli di kedai pets atau DIY menggunakan kotak macam yang saya buat ni. Dia pun takkan rasa bosan sangat dengan ada rumah kotak yang boleh sembunyi dan boleh gigit :) (dah lama post video ni di youtube tapi terlupa nak post sini) DIY Hidey House 1. Guna apa-apa sahaja kotak dengan syarat takde ink/tulisan & cabut segala cellotape yang ada pada kotak. 2. Buat satu/dua lubang pintu untuk mudahkan arnab keluar masuk Jangan risau kalau arnab anda chew kotak, sebabnya ada cellulose, jadi selamat untuk diconsume. Setakat ni Muffin dah chew banyak sangat kotak, alhamdulillah masih lagi sihat sampai sekarang. Arnab ni ha...

Arnab baru!

Image
Hi & salam 'alaykum! (kalau ada yang masih follow & membaca blog ni la, hehe) 10hb Mei lepas, kami beli arnab baru yang kami namakan Muffin! Betina, lebih kurang umur 5 bulan sekarang. Jantina tak pasti plak sebab minggu lepas bawa Muffin pergi jumpa Vet, katanya tak nampak lagi, kena tunggu sampai dia 8, 9 bulan baru boleh tahu jantina apa. Nasib baik nama dia 'unisex' :p Muffin baka mix/ holland lop, warna broken tort. (arnab pun ada jenis2 nama warna tau) Tak pasti pure breed holland lop atau mix, sebab muka dia tak nampak macam kena tumbuk pun. Bila search gambar-gambar holland lop, semua muka macam blok, terpenyet sikit. Atau kalau ikut bahasa saya; muka macam kena tumbuk XD Dah lama berkenan dengan arnab lop eared jadi tak kisah dah pure breed atau tak, asalkan nak bela dia hehe.. Sejak start bela Muffin ni, dah bincang dengan suami, buat keputusan nak buat instagram account khas untuk dia. So in case whatever happens in the future, ada simpanan ...

Go public??

Image
Salam 'alaykum dunia.. dah lama menyepi & agaknya dah berhabuk blog ni. (Bukannya ada sapa2 yg baca pun post ni kan) hehe ;p Sebagai seorang ukhti yang seeloknya menjaga dalam pelbagai perkara(you know what I mean), saya buat keputusan untuk privatekan blog & channel yang memaparkan video-video kisah hidup saya. Nak dijadikan cerita, bila orang tanya apa yang saya suka buat & apa hobi saya.. dan mestila saya akan jawab 'making videos'.. dan respon diorang macam; 'Apa nama channel?  Nak subscribe!  Buat channel pasal apa?  Nak jadi macam youtuber malaysia yang femes tu ke?' Well, nope. Certainly not. I'm not making videos to be famous or so that my video would go viral. I started making videos at the time I was in Egypt(2 years ago), which you all know is VERY very far away from my family in Malaysia so I decided that videos could be the best way to share my experience there. But from then on, when I came back home to Malaysia, I realize I ...

First time di Singapore!

Image
Ya Allah lamanya dah tak bervlogging! Beberapa bulan baru ni ada macam2 berlaku jd xmenyempat sgt dan jarang dah berjalan.. Dapat peluang pergi Singapore ni semangat bervlogging blik, yeayy!  Alhmdulillah akhirnya post jugak video ni! (setelah lama terperam dalam phone) maaf ya video ni byk muka dkt dgn screen sbb rakam gune phone :p Kami berulang alik dari johor ke singapore stiap hari sempena Malaysia Fest - Beautiful Terengganu. Teman umisaba jaga booth kraf :) Serius tabik sgt dgn pkerja2 msia yg ulang alik stp hari gitu dari jb ke singapore, penat kot smpi sakit & cramp kaki..huhu Thanks for watching!

UNDUR NAJIB, MANSUH GST!

Image
Berkesempatan ikut ummi ayah ke Himpunan Undur Najib, Mansuh GST pada 2 April lepas. Tak sempat rakam banyak.. semangat nak berarak dan mendengar pidato orang-orang haibat. Ayuh bersatu kita Selamatkan Malaysia!

Short film - Sampah kecil

Image
I finally did it! My first short film! Yeay! Alhamdulillah.. Well, actually it's 'our' first short film. Ini hasil kerja berkumpulan.hihi Baru merasa cabaran menjadi director bila kena deal dengan camera operator dan pelakon-pelakon. Semua orang ada pendapat masing-masing kan.. serius la kena banyak bersabar dan belajar untuk terima pendapat semua orang. Now I know that I'm actually a control freak! Tapi benda yang saya dapat belajar dgn experience shooting with the crew adalah pentingnya untuk ada team yang bukan sahaja mahir, tapi sekepala dan yang 'masuk' dengan kita. Kena ada keserasian tu.. kalau tak ada, kena usahakan untuk serasi dan selesa bersama krew supaya kerja boleh dilaksanakan dengan baik dan efisyen. Alhamdulillah menjadi dan terhasillah satu short film. Semuanya dengan izin Allah dan bantuan krew semua. Tanpa mereka tak menjadilah video ini. Alhamdulillah wa syukr lillah.. Jemput tengok filem pendek hasil kumpulan kami dalam bengkel ...

Reunion Grup Teater Abah

Image
 Pada 5 Mac yang lalu, kami join dinner reunion abah bersama kumpulan Teater Asyik Terengganu. Abah zaman muda dulu terlibat dengan teater. Haibat!

Day in My Life Vlog

Image
Saya dah rakam kedua video ini tapi tak berkesempatan nak post lepas siap jadi saya sekalikan sahaja dalam satu post ^_^ Kami tinjau cari makan malam di Karnival Makanan Thai. MasyaAllah banyak sangat gerai makanan! Nyum~ Ramai orang datang kutip kerang di sepanjang pantai Dungun. Tapi kami tak kutip pun, cuma datang tengok je. Hehe

Istanbul aku datang!

Image
Jalan-jalan di Istanbul dan sedikit tour bilik hotel yang kami menginap di sana :) Akhirnya berjaya jugak post video lama ni! Waktu fly pulang bfg ke Malaysia pada 1 nov yg lalu, kami transit lama di Turki selama 18 jam. Alhamdulillah berkesempatan bermalam dan jalan-jalan di Istanbul, cuma beberapa tempat je kami dapat pergi sebab rushing nak balik ke hotel.huhu

Sister Tag! Happy Birthday Suhaylah~

Image
Sempena birthday Suhaylah, our beloved sister pada 28 Disember yang lalu, kami adik beradik pakat buat video tag! Tag questions: 1- describe her in one word 2-do you guys have anything matching? 3-funniest memory 4-what do you both do for fun? 5-favourite movie 6-favourite singer 7-what do you have in common? 8-comedy, horror or chick flick? 9- favourite inside joke 10-what's the best thing about her? Best sgt buat video ni sebab jawapan stiap orang berbeza. Hehe Sanah helwah & happy birthday Suhaylah! You're the best sister ever! <3 Enjoy & thanks for watching!

Purikura! Japanese Photo Booth yg sgt comel!

Image
Dah lama nak try purikura. Tak dpt bergambar dgn kawan-kawan, dapat dengan Ihsan pun bolelah. Hehe Serius comel sgt. Puas hati! I highly recommend for girls to try~ Enjoy & thanks for watching!

Sakae Sushi!

Image
Pertama kali masuk dan duduk makan di kedai sushi. Biasa tgk dari luar je. Yeay! Cumanya tersilap order, dpt yg xsedap sgt.huhu Ini sebenarnya test utk tgk rakaman video iPhone 6 macam mana rupanya, dan test guna iMovie app. It's fine I guess.. cuma tak bebas sgt utk edit banding gune video editing software dlm pc. Thanks for watching!

Kubu Salahuddin - Ummis Egypt Tour! Part 3

Image
Bawa umi melawat Kubu Salahuddin al-Ayubi sebelum shopping di Hussein.

Jejak Nabi Yusuf di Fayoum - Ummis Egypt Tour Part 2

Image
Memandangkan Alex sedang banjir, kami tukar plan bawa ummi-ummi pergi melawat Fayoum. Tempat bersejarah dengan kisah Nabi Yusuf dan Qarun. Kami tak berkesempatan nak tengok replika kincir air sebab ada isu pengeboman di kawasan tu. Keselamatan perlu diutamakan, right? InsyaAllah kalau diizinkan datang Mesir lagi tak nak lepaskan peluang untuk tengok kincir air pulak lepas ni. Thanks for watching!

Urwah & 'Ayyash Tribute

Image
Kompilasi video anak-anak beyt Rahmah, Urwah & 'Ayyash. Moga membesar menjadi anak yg soleh dan aset kepada ummah insyaAllah..   p/s: Terciptanya video ni sebab terlalu rindu! Syukur alhamdulillah sempat dulu rakam diorang. Thanks for watching~

Melawat Great Pyramid of Giza - Ummis Egypt Tour!~

Image
Ummi-ummi dah tengok smaya konvo. So hari seterusnya and the next kami bawa ummi-ummi berjalan di Mesir. First location, Great Pyramid of Giza. Yeay! Thanks for watching~

Its my Convocation Day!

Image
25 Okt 2015 - Majlis Konvokesyen ke-9 Graduan Malaysia Universiti al-Azhar Mesir Hari bersejarah dalam hidup! Alhamdulillah.. Happy sgt kedua ummis dapat datang tengok konvo. Terima kasih semua atas doa dan support selama menuntut ilmu di bumi Mesir. Jazakumullah khairan kathiira~

Arabic Calligraphy Exhibition 2015

Image
Arabic Calligraphy Exhibition by Asean Students in Egypt 7-9 Oct 2015 Berpeluang melawat pameran khat, buat kali pertama seumur hidup. Dapatlah tengok karya khat yang dibuat oleh Ain. Pengalaman yang menarik di samping dapat ilmu baru mengenai khat. Alhamdulillah.. Jemput tengok video kalau nak kenal dengan jenis-jenis khat!

Sambut Eid Adha di Kaherah

Image
Sambutan Eidul Adha di Kaherah bersama ikhwah akhawat IKRAM Mesir. Terima kasih diucapkan kepada AJK AN'AM, ikhwah dan akhawat yang banyak membantu menjayakan program kurban dan sambutan raya AN'AM 15, Ahlan Aidil Adha IKRAM Mesir 2015. Tidak lupa juga kepada akhawat Alex yang bantu kami merewang! Jazakumullah khairan kathiira.