Short film - Sampah kecil



I finally did it! My first short film! Yeay! Alhamdulillah.. Well, actually it's 'our' first short film. Ini hasil kerja berkumpulan.hihi

Baru merasa cabaran menjadi director bila kena deal dengan camera operator dan pelakon-pelakon. Semua orang ada pendapat masing-masing kan.. serius la kena banyak bersabar dan belajar untuk terima pendapat semua orang. Now I know that I'm actually a control freak!

Tapi benda yang saya dapat belajar dgn experience shooting with the crew adalah pentingnya untuk ada team yang bukan sahaja mahir, tapi sekepala dan yang 'masuk' dengan kita. Kena ada keserasian tu.. kalau tak ada, kena usahakan untuk serasi dan selesa bersama krew supaya kerja boleh dilaksanakan dengan baik dan efisyen.

Alhamdulillah menjadi dan terhasillah satu short film. Semuanya dengan izin Allah dan bantuan krew semua. Tanpa mereka tak menjadilah video ini. Alhamdulillah wa syukr lillah..

Jemput tengok filem pendek hasil kumpulan kami dalam bengkel Zero to One s-15 anjuran HAS Filmmaking Academy pada 26 Mac 2016 lalu.

Jujur video ni memang ada banyak flaws.. dari segi angle and lighting ada yang tak berapa memuaskan. Tapi satu komen daripada master trainer HAS yang saya dapat katanya "editing sangat smooth", nampak ade kesinambungan scene sebelum dan selepasnya. Alhamdulillah.. saya akan belajar lagi untuk improve my shooting skills.


#The whole team#
Director : Sumayyah
Camera Operator : Fatihatun
Cast : Syukur & Taqi

Enjoy!


Comments