Hidey House Muffin



Hi & assalamu'alaykum! Kali ni nak kongsi pulak berkenan 'hidey house' Muffin.
Arnab binatang 'prey' jadi memang nature prey animals ni akan selalu cari tempat untuk sembunyi yang buat dia rasa selamat daripada diburu predators.

Kalau bela arnab, wajib sediakan satu hidey house macam ni untuk dia boleh sembunyi. Hidey house boleh beli di kedai pets atau DIY menggunakan kotak macam yang saya buat ni. Dia pun takkan rasa bosan sangat dengan ada rumah kotak yang boleh sembunyi dan boleh gigit :)



(dah lama post video ni di youtube tapi terlupa nak post sini)

DIY Hidey House
1. Guna apa-apa sahaja kotak dengan syarat takde ink/tulisan & cabut segala cellotape yang ada pada kotak.
2. Buat satu/dua lubang pintu untuk mudahkan arnab keluar masuk

Jangan risau kalau arnab anda chew kotak, sebabnya ada cellulose, jadi selamat untuk diconsume. Setakat ni Muffin dah chew banyak sangat kotak, alhamdulillah masih lagi sihat sampai sekarang. Arnab ni haiwan mesra alam, dia suka chew apa-apa yang natural; kayu, kotak, kertas. Kena hati-hati jangan kasi dia chew/gigit sebarangan tau macam kayu yang dah disyelek/dicat, kertas penuh dakwat etc.

Terima kasih sudi baca post ni! Jangan lupa like video & subscribe channel Muffin di Youtube :)
Youtube : Muffin Lop


Comments